Tuesday, September 13, 2022

POLYSKILLS

 

Kontijen Politeknik Muadzam Shah seramai 13 orang pelajar akan bertanding dalam pelbagai bidang di Pertandingan Kemahiran Politeknik (Polyskills) Malaysia antaranya mechanical cad, visual merchandising, graphic design technology, tourist guiding technique, accounting, it nework solution administration dan web design technology.

Pertandingan bermula dari 11/09/2022 - 15/09/2022 di 3 tempat pertandingan iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Metro Johor Bahru dan Politeknik Mersing Johor.

Selamat Maju Jaya. PMS Boleh.

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF

 

12.7.2022 - HEBAHAN : JEMPUTAN PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU (KIKHB) DI PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2022

Salam Sejahtera

YBrs. Dr./Tuan Puan,

JEMPUTAN PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU (KIKHB) DI PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Port Dickson (PPD) akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) Peringkat Kebangsaan Politeknik & Kolej Komuniti Tahun 2022 pada 19 September 2022 hingga 22 September 2022 secara bersemuka.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput penyertaan daripada kalangan pegawai di institusi tuan/puan sebgai peserta konvensyen tersebut. Maklumbalas pra pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran Awal Penyertaan (Lampiran 1) dan perlu dimuatnaik di pautan https://bit.ly/PendaftaranKIKHB2022 oleh Penyelaras KIK/KUPIK Institusi dari 15 Jun 2022 hingga 22 Julai 2022. Garispanduan KIKHB 2022 (Lampiran 2) dan maklumat terperinci boleh dilayari dilaman sesawang https://www.kikhb22.com.

Dilampirkan juga adalah Poster dan Surat Hebahan Rasmi KIKHB untuk rujukan Dr./Tuan/Puan.

Sekian Terima Kasih.

Friday, June 17, 2022

HALA TUJU, POLISI, TATACARA PENGKOMERSIALAN

 

Berikut adalah buku panduan yang bertajuk Hala Tuju, Polisi Dan Tatacara Pengkomersialan Di Politeknik dan Kolej Komuniti tang diterbitkan oleh JPPKK untuk rujukan kita bersama. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada warga PolyCC.

Isi Kandungan buku tersebut boleh dilihat disini;

https://drive.google.com/file/d/1nTlF1XmcGdsEhvlshKYUIFNPCVIbY-Aa/view?usp=sharing


Monday, February 14, 2022

INNOVATION PROJECT VIRTUAL EXHIBITION (iPROVEx'2022)

 

10 Febuari 2022 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Innovation Project Virtual Exhibition (iPROVEx'2022) yang telah dijalankan secara atas talian. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Hj Zulkifli Md Yusoff atas kesudian merasmikan majlis ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua penyelia dan pelajar yang telah berjaya menghasilkan project yang baik.


Berikut adalah keputusan pertandingan iPROVEx 2022






Sunday, February 13, 2022

PEMBENTANGAN GERAN PENYELIDIKAN TVET

 

Majlis penyampaian geran TARGS peringkat PMS telah disampaikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail kepada Ketua Penyelidik, Dr. Hajjah Siti Rohani Isnin di Bilik Mesyuarat Utama ,PMS. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik , Dr. Abdul Rahim Awang dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Iskandar Abu Thohib.

11 Febuari 2022 - Sesi pembentangan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS 2020) telah berlangsung di bilik seminar ULPL, Politeknik Muadzam Shah. Sesi pembentangan ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK, Dr. Ishak bin Mohamad dan Timbalan Pengarah PPI, Dr. Saifuddin Kumar bin Abdullah serta panel luar iaitu Ts. Dr. Siti Nurul Mahfuzah binti Mohamad dari UTEM.

Tahniah kepada ketua penyelidik PMS, Dr. Siti Rohani binti Isnin dan ahli kumpulan yang terdiri daripada Dr. Zulkifli bin Md Yusoff (TPA PMS), Encik Lukman bin Mohamed (JRKV PMS), Cik Hajah Humairah binti Hamzah (JPH PIS) dan PM Dr. Noraffandy bin Yahaya (FP UTM) kerana berjaya menyelesaikan geran penyelidikan ini dengan jayanya dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan bagi laporan akhir penyelidikan. Tahniah diucapkan.



Tuesday, February 8, 2022

TAHNIAH DAN SYABAS


Tahniah diucapkan kepada 3 orang pensyarah JTMK PMS yang telah memenangi Pingat Emas dan Naib Johan Kategori Teknologi Maklumat dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan 2021 (PERISA'21). Kumpulan inovasi pensyarah yang diketuai oleh Encik Ahmad Zahari ini telah menghasilkan IOT Demonstration Board. JTMK PMS mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pensyarah yang terlibat.

Pingat Emas (Naib Johan Kategori Teknologi Maklumat)

Tajuk : IOT Demonstration Board

Pensyarah :

  • Encik Ahmad Zahari bin Misnan
  • Ts. Afzanizam bin Alias
  • Puan Norhidayuwati binti Abu Husin

POLYSKILLS

  Kontijen Politeknik Muadzam Shah seramai 13 orang pelajar akan bertanding dalam pelbagai bidang di Pertandingan Kemahiran Politeknik (Poly...