Majlis penyampaian geran TARGS peringkat PMS telah disampaikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail kepada Ketua Penyelidik, Dr. Hajjah Siti Rohani Isnin di Bilik Mesyuarat Utama ,PMS. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik , Dr. Abdul Rahim Awang dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Iskandar Abu Thohib.
11 Febuari 2022 - Sesi pembentangan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS 2020) telah berlangsung di bilik seminar ULPL, Politeknik Muadzam Shah. Sesi pembentangan ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK, Dr. Ishak bin Mohamad dan Timbalan Pengarah PPI, Dr. Saifuddin Kumar bin Abdullah serta panel luar iaitu Ts. Dr. Siti Nurul Mahfuzah binti Mohamad dari UTEM.
Tahniah kepada ketua penyelidik PMS, Dr. Siti Rohani binti Isnin dan ahli kumpulan yang terdiri daripada Dr. Zulkifli bin Md Yusoff (TPA PMS), Encik Lukman bin Mohamed (JRKV PMS), Cik Hajah Humairah binti Hamzah (JPH PIS) dan PM Dr. Noraffandy bin Yahaya (FP UTM) kerana berjaya menyelesaikan geran penyelidikan ini dengan jayanya dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan bagi laporan akhir penyelidikan. Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment