Tuesday, September 13, 2022

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF

 

12.7.2022 - HEBAHAN : JEMPUTAN PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU (KIKHB) DI PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2022

Salam Sejahtera

YBrs. Dr./Tuan Puan,

JEMPUTAN PENYERTAAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF HORIZON BAHARU (KIKHB) DI PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI TAHUN 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Politeknik Port Dickson (PPD) akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) Peringkat Kebangsaan Politeknik & Kolej Komuniti Tahun 2022 pada 19 September 2022 hingga 22 September 2022 secara bersemuka.

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput penyertaan daripada kalangan pegawai di institusi tuan/puan sebgai peserta konvensyen tersebut. Maklumbalas pra pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi Borang Pendaftaran Awal Penyertaan (Lampiran 1) dan perlu dimuatnaik di pautan https://bit.ly/PendaftaranKIKHB2022 oleh Penyelaras KIK/KUPIK Institusi dari 15 Jun 2022 hingga 22 Julai 2022. Garispanduan KIKHB 2022 (Lampiran 2) dan maklumat terperinci boleh dilayari dilaman sesawang https://www.kikhb22.com.

Dilampirkan juga adalah Poster dan Surat Hebahan Rasmi KIKHB untuk rujukan Dr./Tuan/Puan.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

POLYSKILLS

  Kontijen Politeknik Muadzam Shah seramai 13 orang pelajar akan bertanding dalam pelbagai bidang di Pertandingan Kemahiran Politeknik (Poly...