Monday, February 14, 2022

INNOVATION PROJECT VIRTUAL EXHIBITION (iPROVEx'2022)

 

10 Febuari 2022 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Innovation Project Virtual Exhibition (iPROVEx'2022) yang telah dijalankan secara atas talian. Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Hj Zulkifli Md Yusoff atas kesudian merasmikan majlis ini. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua penyelia dan pelajar yang telah berjaya menghasilkan project yang baik.


Berikut adalah keputusan pertandingan iPROVEx 2022






Sunday, February 13, 2022

PEMBENTANGAN GERAN PENYELIDIKAN TVET

 

Majlis penyampaian geran TARGS peringkat PMS telah disampaikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail kepada Ketua Penyelidik, Dr. Hajjah Siti Rohani Isnin di Bilik Mesyuarat Utama ,PMS. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik , Dr. Abdul Rahim Awang dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Iskandar Abu Thohib.

11 Febuari 2022 - Sesi pembentangan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS 2020) telah berlangsung di bilik seminar ULPL, Politeknik Muadzam Shah. Sesi pembentangan ini dihadiri oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) JPPKK, Dr. Ishak bin Mohamad dan Timbalan Pengarah PPI, Dr. Saifuddin Kumar bin Abdullah serta panel luar iaitu Ts. Dr. Siti Nurul Mahfuzah binti Mohamad dari UTEM.

Tahniah kepada ketua penyelidik PMS, Dr. Siti Rohani binti Isnin dan ahli kumpulan yang terdiri daripada Dr. Zulkifli bin Md Yusoff (TPA PMS), Encik Lukman bin Mohamed (JRKV PMS), Cik Hajah Humairah binti Hamzah (JPH PIS) dan PM Dr. Noraffandy bin Yahaya (FP UTM) kerana berjaya menyelesaikan geran penyelidikan ini dengan jayanya dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan bagi laporan akhir penyelidikan. Tahniah diucapkan.



Tuesday, February 8, 2022

TAHNIAH DAN SYABAS


Tahniah diucapkan kepada 3 orang pensyarah JTMK PMS yang telah memenangi Pingat Emas dan Naib Johan Kategori Teknologi Maklumat dalam Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET Peringkat Kebangsaan 2021 (PERISA'21). Kumpulan inovasi pensyarah yang diketuai oleh Encik Ahmad Zahari ini telah menghasilkan IOT Demonstration Board. JTMK PMS mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pensyarah yang terlibat.

Pingat Emas (Naib Johan Kategori Teknologi Maklumat)

Tajuk : IOT Demonstration Board

Pensyarah :

  • Encik Ahmad Zahari bin Misnan
  • Ts. Afzanizam bin Alias
  • Puan Norhidayuwati binti Abu Husin

POLYSKILLS

  Kontijen Politeknik Muadzam Shah seramai 13 orang pelajar akan bertanding dalam pelbagai bidang di Pertandingan Kemahiran Politeknik (Poly...